Wednesday, March 31, 2010



KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.



Demikianlah laporan akhbar baru2 ini.. Subahanallah, siapakah yang melakukan perkara yang terkutuk ini. Manusia pengakhir zaman ini sudah melakukan terlalu banyak noda dan dosa. Mereka sudah tidak kenal apa itu dosa dan pahala. Di manakah letaknya moral dan akhlak manusia zaman sekarang?? Mengapa mereka sanggup melakukan perkara keji??

Kes pembuangan janin telah pun berleluasa, kes pembuangan bayi yang kebanyakannya cukup sifat dan sempurna juga turut berleluasa. Apa salah mereka? Mengapa diperlakukan sebergitu rupa? Adakah ia bagi menunjukkan hawa nafsu mereka yang tinggi dan tidak insaf??

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah anda semua melakukan perbuatan terkutuk itu. Jagalah maruah diri anda sebaik-baiknya. Hidupkan hati orang-orang beriman dengan sentiasa mengingati tuhan, hindarilah diri anda dari perbuatan yang keji dan terkutuk itu.

Muhasabahlah diri anda dengan apa yang telah berlaku, berperanglanh dengan hawa nafsu yang semakin meninggi dan jagalah maruah anda semua dengan sebaik2 nya...

Renung-renungkan dan selamat bermuhajadah..

Thursday, March 25, 2010

Apa Salah bayi ini....



Assalamualaikum... Buat semua pemblogger, sudah lama aq tidak update blog ini kerana kekangan masa yang membuat ku jarang utk membuka blog ini..

Saudaraku seislam, cuba anda lihat pada gmbar tersebut, anda fikirlah, apa salah bayi ini.. Bayi ini yang tidak berdosa sanggup diperlakukan seperti anak patung..

Subahanallah, sungguh sedih daku melihat keadaannya, sayu hati ini melihatkan keadaan bayi tersebut.. Berita ini tersebar setelah berlakunya beberapa lagi kes penderaan kanak2 dan juga pembuangan bayi....

2 kes sebelum ini iaitu kes penderaan adik syahira humaira dan juga adik harisvara, sungguh menyayat hati, sungguh memilukan, anak kecil itu tidak berdosa, tetapi, sanggup diperlaku dengan kejam... Di tendang, d sepak terajang, dan pelbagai lagi kekejaman yang diperlakukan kepada mereka....

Apakah yang telah berlaku die dunia ini..
Cubalah anda semua fikirkan dan bayangkan jika anak2 anda atau adik2 anda yang masih kecil diperlakukan sebegitu rupa sehingga ke akhir hayat mereka...

Kanak-kanak dan juga bayi adalah kurnia Allah kepada setiap manusia,
Allah memberikan rezeki kepada setiap manusia dengan menganugerahkan anak kepada mereka yang ingin membina keluarga..

Renung-renungkanlah...
Hayatilah dan insafilah diatas kejadian yang berlaku ini....

Friday, January 1, 2010

Batas Aurat Lelaki dan Wanita

Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.

Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.

Apa itu aurat?

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)


Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)


“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”

(Hadith Riwayat Bukhari)


“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)

1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat

1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.

Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.

Wallahua`alam.

*sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.